You are visitor number ...

Wordpress Themes
Wordpress Themes  Please read T&C and Disclaimer before you proceed to the page.

Monday, June 23, 2008

Pegawai Dari Universiti Hertfordshire, U.K dan J.M Education Counselling Centre Sdn. Bhd. Melawat Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah UiTM Malaysia.

Teks: Rairol Azmi Seruji
Fotografi: Rairol Azmi Seruji
SHAH ALAM 18 JUN - Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah UiTM Malaysia menerima lawatan rasmi oleh pegawai dari Universiti Hertfordshire, U.K, En. Solomon Rogers serta pegawai dari J.M Education Counselling Centre Sdn. Bhd diwakili oleh En. Jin Monteiro dan Puan Lim Pui Ngan.

Kunjungan oleh pegawai dari kedua institusi tersebut disambut dengan pameran seni ‘Serangkai Rupa’ yang kini sedang berlangsung di galeri ini. Sepanjang lawatan mereka berpeluang menghayati hasil seni kretif yang di hasilkan oleh pensyarah – pensyarah Seni Lukis & Seni Reka dari UiTM Negeri Perak. Lawatan akademik ini diiringi oleh Timbalan Dekan ( Akademik & Sumber ) Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Prof. Madya Dr. Ruslan Abd. Rahim.


Unik… En. Solomon Rogers menghayati karya catan oleh Nora Aishah binti Jantan.


Mesej yang terkandung dalam catan oleh Nurhisham Ibrahim menarik perhatian Puan Lim Pui Ngan.